Saturday, February 21, 2015

KARAMEL GULA HANGUS RIBENA


assalamualaikum..
hai kome- kome semue..hari nie den rajin sikit..td den dok buat desert..desert nie sesuai la untuk budak2 tp orang dewasa pown boley makan jugak...sangat simple giler cara nak buat..so,kalu yang bujang2 tue boley la try..so, dah xde alasan xpandai buat sebab cara nak buat desert nie senang,mudah dan cepat..

haaa...sebenaqnya den rajin sgt buat desert nie sebab anak menakan den la...depa suka sangat ribena nie..so,den buat la karamel gula hangus ribena nie..yela..den nie jarang balik bercuti.nie bile dah balik duk kat umah kakak den nie, den buat la kan..sementara tengah rajin.. sat lagi klu dah start buat fyp mmg dh xde mase la buat bnde nie..

ok kt bawah nie den sediakan resepi untuk karamel gula hangus ribena nie..ok bahan2 die adalah

bahan2 :
telur        8 biji
susu cair  1 tin
gula         secukupnya
roti          2 keping


so cara2 nak buat die senang je..meh den ajar slow2 yer..ok jom..


  1. pecahkan telur..dan masukkan dalam blender..den gune 8 biji je sebab loyang den gune kecik je.so,jumlah telur depend on korang punyer loyang yer..
  2. next, campurkan 1 tin susu cair kedalam adunan didalam blender tadi..
  3. pastu masukan roti yang telah dikoyakkan..dan tambahkan gula ikut citarasa anda..
  4. kemudian, blend semua bahan2 tadi..
  5. next, bakarkan gula dalam loyang sampai hangus kemudian isikan adunan yang telah diblend tadi separuh je..separuh lagi campurkan dgn ribena..
  6. kukus adunan tadi 10 minit..selepas 10 minit isikan adunan berperisa ribena di atas adunan tadi..
  7. kukus 10 minit lagi...
  8. siappp utk di makan..
siap utk dimakan
siappp



CIRI-CIRI SUAMI SOLEH

  • Mentaati segala perintah Allah dan Rasul-Nya.
  • Mendirikan rumah tangganya semata-mata kerana Allah SWT.
  • Memberi nafkah zahir dan batin secukupnya.
  • Bersabar dan sentiasa memberi nasihat jika terdapat tingkahlaku isteri yang kurang menyenangkan.
  • Bertolak ansur dan memaafkan keterlanjuran isteri.
  • Tidak mengeji isteri dihadapan orang lain mahupun memuji wanita lain di hadapannya.
  • Memberikan makan dan minum setakat yang mampu dan dari sumber yang halal.
  • Tidak memukul isteri kecuali bertujuan untuk mendidik(pukulan yang tidak melukai).
  • Sentiasa menjaga wibawa sebagai seorang pemimpin keluarga seperti tidak terlalu mendengar dan mengikut kemahuan isteri.
  • Bertanggungjawab memberi ilmu pengetahuan terutamanya ilmu fardhu ain kepada isteri dan anak-anak.
  • Mendidik keluarga mengamalkan syariat dalam kehidupan seharian.
  • Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan dan maruah keluarga.
  • Memberi kasih sayang dan sanggup berkorban untuk kebahagiaan bersama.
  • Bergaul baik dengan isteri. 

RENUNG-RENUNGKAN PADA BAKAL2 SUAMI SEKALIAN...

Saturday, February 14, 2015

ANAK-ANAK BELAJAR DALAM KEHIDUPAN



Jika anak itu hidup dengan KRITIKAN 
Ia belajar untuk MENCELA
Jika anak itu hidup dengan KEKASARAN
Ia belajar untuk MENENTANG

Jika anak itu hidup dengan BELAIAN KASIH SAYANG
Ia belajar untuk RESAN DIRI
Jika anak itu hidup dalam suasana yang IRI HATI
Ia belajar untuk merasa BERSALAH

Jika anak itu hidup dengan TOLERANSI 
Ia belajar untuk BERSABAR
Jika anak itu hidup dengan GALAKAN
Ia belajar untuk BERKEYAKINAN

Jika anak itu hidup dengan PUJIAN
Ia belajar untuk MENGHARGAI
Jika anak itu hidup dengan KEKASARAN
Ia belajar untuk MENENTANG

Jika anak itu hidup dengan SAKSAMA 
Ia belajar untuk berlaku ADIL
Jika anak itu hidup dengan KERELAAN
Ia belajar MENYAYANGI

Jika anak itu hidup dalam RESTU
Ia belajar MENYUKAI DIRINYA
Jika anak itu hidup dengan PENGHARGAAN
Ia belajar untuk MEMPUNYAI MATLAMAT

Jika anak itu hidup dengan KEJUJURAN
Ia belajar apa itu KEADILAN
Jika anak itu hidup dalam KEIKHLASAN
Ia belajar apa itu KEBENARAN

Jika anak itu hidup dalam KESELAMATAN
Ia belajar MEYAKIN DIRI dan orang sekelilingnya
Jika anak itu hidup dalam KERAMAH-TAMAHAN
Ia belajar bahawa dunia ialah
TEMPAT YANG BAIK untuk hidup dan akhirat tempat yang kekal yang akan dituju..